• PENARIK TUAS KLAC LEBIH PENDEK
    Kini 10mm lebih pendek, ianya mampu memberikan cengkaman yang singkat dan lebih selesa ketika menukar gear.

    ENJIN 155CC DENGAN VVA SERBA BARU
    Jantung penggerak paling berkuasa di kelasnya, enjin sejukan cecair 155cc serba baru, 4-lejang, 4-injap, SOHC dengan VVA.

    GEARBOX 6 KELAJUAN DENGAN PEMETAAN PENCUCUHAN INDIVIDU UNTUK SETIAP GEAR
    Menampilkan pemetaan pencucuhan yang berbeza untuk setiap gear, menghasilkan daya dorong 17.7Hp @ 9,500 rpm dan tork tertinggi 14.4 Nm @ 8,000 rpm.

    KLAC ‘ASSIST & SLIPPER’
    Terhubung ke gearbox, sistem klac A&S memastikan penukaran gear yang lebih lancar dan mengurangkan tahap bebanan klac untuk menghasilkan perjalanan yang lebih selesa.

    KERANGKA BARU SERBA RINGAN
    Dilengkapi dengan kolar tetulang berbentuk Y baharu serta pendakap enjin yang lebih tebal, pada ketebalan 4.5mm. Ia memastikan tunggangan anda lebih mantap dan prestasi kawalan selekoh yang optimum biarpun pada kelajuan tinggi.

    TANGKI BAHAN API 5.4 LITER BARU
    Seiring dengan enjin yang cekap bahan api, Y16ZR mampu menawarkan jarak maksimum 256km dalam satu tangki penuh, berdasarkan pada gaya tunggangan anda.

    BREK CAKERA DEPAN KALIPER 2-POT BARU
    Angkup brek dua piston pada roda hadapan menawarkan kestabilan ketika membrek dengan saiz brek cakera hadapan yang berukuran 245mm.

    METER DIGITAL LCD DENGAN DASAR GELAP
    Panel unit digital LCD baharu yang memaparkan semua informasi seperti kelajuan, tahap rpm, kedudukan gear, penunjuk VVA dan lain-lain pada dasar yang gelap, memberikan kontras grafik yang jelas.

    LAMPU DEPAN LED TINGGI DAN RENDAH BERASINGAN
    Terinspirasi dari sukan permotoran, lampu depan sinar rendah terletak di bahagian bar pemegang sementara sinar tinggi disatukan dengan lampu posisi, di bahagian bawah, memberikan penampilan bahagian hadapan sporty yang tiada bandingannya.

    SISTEM KUNCI PINTAR
    Enjin boleh dihidupkan dengan mudah hanya dengan memutar butang tanpa perlu memasukkan kunci. Sistem ini juga mempunyai fungsi ‘panggil-balik’ untuk mencari kedudukan motosikal. Dilengkapi ‘immobilizer’ untuk mencegah kecurian.

    C/W: Helmet, Raincoat, Cover Blanket

    PRE-ORDER     2 month - 4 months

    Yamaha Y16ZR

    • Brand: Yamaha
    • Product Code: Yamaha Y16ZR
    • Availability: In Stock
    • RM247.00 / mth


    Tags: Yamaha, Y16, Moped